Thursday, 17 September 2015

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-6, 2015


Sedang berlangsung ketika ini hingga 20 September 2015 Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-6, 2015 bertempat di Berjaya Megamall, Kuantan.  Kejohanan ini dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia.


Sekali lagi sejarah tercipta apabila Cikgu Syazreen dan Cikgu Hamizah berjaya membuktikan mereka adalah pasangan ganda puteri terbaik di Malaysia apabila telah memenangi pingat emas dalam acara itu.


Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka berdua di atas kejayaan tersebut.  Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan PSGFM di persada nasional dan antarabangsa.  Tahniah kepada Cikgu Halim Hamit di atas kejayaan kedua-dua anak muridnya.

Bergambar kenangan di atas podium.  Kelihatan pesilat dari Brunei Darussalam di tempat kedua dan pesilat dari Indonesia di tempat ketiga.


Demi negara...

No comments: