Monday, 14 September 2015

Srikandi PSGFM

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada dua srikandi PSGFM yang sentiasa mengharumkan nama Malaysia dan PSGFM di persada antarabangsa dalam acara Ganda Putri, Cikgu Syazreen dan Cikgu Hamizah (kedua-duanya pemegang bengkung hitam jalur putih tiga PSGFM - Jurulatih Kanan).  Mereka berdua baru-baru ini telah berjaya memperoleh pingat Emas di Kejuaraan Terbuka Malaysia yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa anjuran PESAKA Malaysia.


Tahniah dan syabas kepada Cikgu Halim Hamit, Guru Kanan PSGFM yang telah berjaya melahirkan ramai pesilat yang berjaya di arena antarabangsa.  Semoga cikgu kekal sihat dan terus menghasilkan juara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


 Cikgu Syazreen (kiri) dan Cikgu Hamizah selepas penyampaian pingat di Kejuaraan Silat Terbuka Malaysia 2015.  Mereka memenangi pingat emas dalam acara Ganda Putri mewakili Kontijen Malaysia.


 Cikgu Syazreen dan Cikgu Hamizah bergambar kenangan selepas penyampaian pingat di Kejuaraan Silat Dunia 2015 di Phuket, Thailand.  Mereka telah memenangi pingat gangsa dalam acara Ganda Putri.

Cikgu Syazreen dan Cikgu Hamizah bergambar di podium setelah memenangi pingat emas di temasya Sukan Sea 2013 di Myammar setelah menjadi pesilat Malaysia yang pertama memenangi pingat emas dalam acara seni - Ganda Putri.

No comments: