Wednesday, 14 October 2015

Belangsungkawa - Perginya Pengasas Silat Perancis, Pengasas dan Guru PSGFM Perancis

Tuan Raban.
Pengasas Silat di Perancis, Pengasas dan Guru PSGFM Perancis.


Innalillahhi wainnailaihi rojiun.

Pada 12 Oktober 2015, hari Isnin yang lalu, penulis telah dikejutkan oleh satu emal yang dikirim oleh Cikgu Audran, Ketua Jurulatih PSGFM Perancis yang menyatakan Tuan Raban atau lebih mesra dengan panggilan Pak Raban telah pulang ke rahmatullah pada 9 Oktober 2015 yang lalu.  Jenazahnya telah selamat disemadikan pada 13 Oktober 2015.  Lokasi jenazah ditanam tidak pula dimaklumkan kepada penulis.

Saya mewakili guru saya, Cikgu Halim Hamit, rakan-rakan dari Kelab Cikgu Halim (KCH) dan PSGFM mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah, para jurulatih dan pesilat PSGFM Perancis di atas pemergian ahli keluarga dan guru mereka.  Semoga terus tabah meneruskan kehidupan dan memperjuangkan apa yang telah beliau tinggalkan di dunia.

Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman.  Al-Fatihah.


Antara gambar kenangan penulis bersama arwah Tuan Raban pada salah satu sesi latihan Jurulatih Perancis pada tahun 2014 di Studio Kelab Cikgu Halim (KCH).


Antara kata-kata arwah yang mengejutkan penulis semasa hayatnya..."Arwah Pak Anuar (Guru Utama PSGFM) dan Arwah Pak Basiron (Pengerusi PSGFM selepas Guru Utama meninggal dunia) sudah pergi dulu...tingal saya seorang...".  Raut wajahnya ketika itu sangat sedih.

No comments: