Thursday, 29 October 2015

Sorotan Sejarah

Sejak penubuhan PSGFM, telah ramai ahlinya yang mencipta kejayaan sama ada di peringkat sekolah hingga peringkat antarabangsa.  Berikut adalah antara kisah kejayaan yang pernah dirakamkan oleh Muhd Zainul Arifin, Juara Kelas B Kategori Silat Olahraga di 5th ASEAN School Game (ASG) pada tahun 22 - 30 Jun 2013 berlansung di Hanoi, Vietnam.  Beliau merupakan anak didik Cikgu Halim bin Hamit, Guru Kanan Kuala Lumpur.  Kini telah memegang bengkung merah dengan gelaran Pendekar Muda dan masih aktif menyertai pertandingan silat olahraga.


Pesilat PSGFM lain yang pernah menyertai ASG ialah Laskar Kelas II Nur Wahidah, juga anak didik Cikgu Halim Hamit.  Beliau kini bertugas sebagai laskarnita dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta mewakili TLDM dalam sukan Silat Olahraga.  Kisahnya akan dimuatnaik di post akan datang.


Rujukan: https://aseanschoolsgames.wordpress.com/2013/06/27/pencak-silat-menambah-pingat-buat-malaysia/


No comments: