Monday, 14 December 2015

Festival Silat Pulut


Pada 12 Disember 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, telah berlangsung Festival Silat Pulut yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSGFM WPKL), Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan kerjasama Kelab Cikgu Halim (KCH), Arthos Trust dan Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (Waris Alam).  Festival ini merupakan sebahagian daripada karnival yang diadakan di perkarangan Memorial Tun Abdul Razak.

Sebelum festival bermula, para pesilat dari KCH telah memeriahkan karnival dengan sebuah persembahan flash mob yang bertemakan sesiapa sahaja boleh belajar silat dan bersilat.


Festival ini merupakan pertandingan persembahan dalam mempromosikan Silat Pulut kepada umum.  Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, Kategori Putera dan Kategori Puteri untuk peserta dari PSGFM serta Kategori Terbuka untuk peserta dari pertubuhan/persatuan seni silat lain.

Bergambar kenangan sebelum pertandingan dimulakan.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pendidikan ANM dan ditutup secara rasmi oleh Pengerusi PSGFM Cikgu Zaihan Md Isa.

Tahniah kepada para penganjur, pelaksana program, peserta dan penyokong yang telah berjaya menganjurkan festival seperti ini.  Semoga acara Silat Pulut terus diberi perhatian dan segar semula dalam permainan silat di Malaysia.

Suasana dewan semasa pertandingan dijalankan.

Cikgu Jasiman bersama jualannya di luar dewan (berminat dengan senjata tradisi Melayu, sila hubungi beliau di facebooknya Mohd Jasiman atau Pagenya Mohd Jasiman Page)

Barisan para juri, paling jauh Cikgu Wahab Guru PSGFM Selangor, tengah Cikgu Fahmi Pengerusi PSGFM WPKL dan depan En. Azlan Ghanie dari Majalah Seni Beladiri/Keris Lok 9.

Ketua Pertandingan (KP) yang bersongkok Cikgu Anuar dari PSGFM WPKL bersama para petugas pertandingan.


Kumpulan Gendang PSGFM Putrajaya pimpinan Cikgu Mizan (memegang serunai).  Sebelahnya Cikgu Wak Napi dari PSGFM Selangor yang turut hadir memeriahkan festival.

Antara persembahan penutup oleh Cikgu Fahmi dan Cikgu Wahab.

Penulis (dua dari kiri) bersama pasangan berpulut Cikgu Alif bergambar kenangan dengan guru juga teraju utama festival Cikgu Halim Hamit, Guru Kanan PSGFM WPKL dan jurulatih dari Negeri Sembilan yang turut menyertai festival ini (Cikgu Sherza dan Cikgu Helmie).

Bergambar kenangan selepas festival - Keluarga besar Kelab Cikgu Halim (KCH).

Penulis (kanan) bersama pasangan Cikgu Alif (kiri) bergambar kenangan bersama guru tersayang Cikgu Halim Hamit.

Keputusan penuh Festival Silat Pulut adalah seperti berikut:

Kategori Putera:
Juara - Cikgu Mohd Alif Firdaus Azahari & Cikgu Izhar Mat Isa.
Naib Juara - Cikgu Muhd Emy Fadly Abd Azis & Cikgu Mohd Nazim Hj Ismail.
Ketiga - Cikgu Muhammad Helmi & Cikgu Muhd Sherza.

Kategori Puteri:
Juara - Siti Nurlyana & ain Najwa.
Naib Juara - Nur Aishah Kiran & Nurul Alya.
Ketiga - Nur Hanis Fatin & Siti Nur Atikah.

Kategori Terbuka:
Juara - Mohd Hanafi & Nordimi (Gayung Laksamana).
Naib Juara - Arief Naqiuddin & Azam Hafizi (Silat Hamboran Rimau Puteh).
Ketiga - Muhd Afiq & Muhd Khalid (Silat Hamboran Rimau Puteh).

2 comments:

Penjahat Sabah said...

Assallammualaikum Ingin Bertanya Adakah akan Ada Lagi Festival Silat Pulut bagi 2016..? Jika ada bilakah ianya akan di adakan? Dan Kepada Siapa untuk di hubungi? Sekian Terima Kasih.

Izhar Mat Isa said...

Waalaikumsalam, untuk tahun 2016 masih belum pasti lagi.