Saturday, 26 December 2015

Jurai Salahsilah Keguruan PSGFM


Carta di atas diambil terus dari buku penulisan Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab AMN, Guru Utama PSGFM yang bertajuk Silat: Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden terbitan tahun 2008.

Jurai salahsilah keguruan di atas memperlihatkan jurai keguruan yang menjadi sumber ilmu dalam pembentukan Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002 (rujuk artikel bertajuk Sumber Keilmuan dalam Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002) dan kepada siapa ilmu berkenaan diperturunkan dan diamanahkan untuk mengembangkannya iaitu Guru-guru Kanan setiap negeri dan Pusat.

Ada yang mempertikaikan jurai salahsilah ini kononya tidak memasukkan nama pewaris dan sebagainya.  Nama-nama pewaris silat dari Guru-guru Tua adalah pewaris yang benar namun tidak perlu dimasukkan di dalam jurai ini kerana pada pandangan peribadi saya ia tidak ada kena mengena antara Guru Utama dengan gurunya mahu pun beliau dengan Guru Kanan yang telah beliau lantik.  Mereka juga tidak mengembangkan kurikulum rasmi PSGFM tetapi hanya menyebarkan silat yang telah diwarisinya sahaja.

Ada juga pertikaian bahawa jurai ini tidak betul kerana ada di kalangan Guru Kanan telah berguru dengan guru lain sebelum dengan Allahyarham Guru Utama.  Pertikaian ini sekali lagi pada pandangan saya tidak tepat kerana Guru Kanan berkenaan berguru dengan gurunya kurikulum silat melayu tradisi gelanggang bangsal tetapi berguru secara langsung degan Allahyarham Guru Utama untuk kurikulum baharu dan kurikulum yang terkini.

Agak malang kita tidak dapat mendengar penjelasan yang sebenar dari mulut Allahyarham Guru Utama kerana isu-isu ini timbul selepas pemergiannya.  Jadi kenapa dan mengapa jurai ini ditulis sebegini secara tepat tidak dapat kita ketahui.  Walau bagaimanapun, isu ini pada pandangan peribadi saya sangatlah remeh atau isu ranting.  Isu pokok yang menjadi tanggungjawab semua adalah pendidikan silat dengan meramaikan ahli dan memperbanyakkan lagi pembukaan gelanggang.



No comments: