Tuesday, 19 January 2016

Pencipta Logo Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia



Semua warga silat di Malaysia kenal dengan logo di atas, logo Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia.  Namun, tahukah anda siapa penciptanya?

Melalui sumber hidup, yang turut sama terlibat membantu menubuhkan PESAKA pada tahun 1983, Cikgu Wan Jaaffar Wan Zainal, Guru Kanan PSGFM Terengganu, logo ini dicipta oleh Allahyarham Cikgu Basiron, Mantan Pengerusi PSGFM selepasa Guru Utama, allahyarham Tuan Haji Anuar meninggal dunia.  Ketika itu, Pengerusi PESAKA ialah Anuar Ibrahim, ketika itu menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan manakala Naib Pengerusi PESAKA ialah Guru Utama PSGFM Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab AMN.

Difahamkan allahyarham Cikgu Basiron dijanjikan bayaran dalam jumlah yang tidak dinyatakan oleh mereka yang juga tidak dinyatakan untuk menghasilkan logo berkenaan.  Malangnya sehingga hembusan nafas terakhir beliau, bayaran itu langsung tidak diterima arwah.

Sumber hidup: Cikgu Wan Jaaffar bin Wan Zainal, Guru Kanan PSGFM Terengganu.

2 comments:

Audran Le Guillou said...

Menarik tu

Izhar Mat Isa said...

Kan? Rasanya ramai yang tak tahu...