Sunday, 6 March 2016

Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 & 2 Kebangsaan 2016

Peserta dari PSGFM: 3 dari PSGFM WPKL, 4 dari PSGFM Kelantan dan 1 dari PSGFM Selangor.


Pada 2 hingga 6 Mac 2016, bertempat di Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Tanjung Malim (terkini Tanjung Muallim), telah berlangsung Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 & 2 Kebangsaan 2016 anjuran PESAKA Malaysia dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Institut Sukan Malaysia (ISN) dan UPSI.

Kursus kali ini merupakan kursus terbesar yang dihadiri oleh 16 orang untuk Tahap 2 dan 55 orang untuk Tahap 1.  Untuk Tahap 2, 15 orang peserta lulus manakala seorang terpaksa menarik diri kerana kecederaan manakala 44 orang telah lulus untuk Tahap 2 (Penyertaan asal ialah 20 orang untuk Tahap 2 dan 70 orang untuk Tahap 1).

Pesilat Negara yang sedang menjalani Program Podium juga telah menyertai kursus ini seperti Al Jufri, Humairah, Siti Rahmah dan Fauzi.

Untuk PSGFM, pihak pertubuhan telah menghantar lapan orang peserta, seorang untuk Tahap 2 dan tujuh orang untuk Tahap 1.  Kesemua mereka telah lulus.  Seorang peserta dari PSGFM telah dianugerahkan peserta terbaik kursus Tahap 1 apabila mendapat markah tertinggi iaitu Izhar bin Mat Isa.

Kursus ini adalah salah satu kursus yang perlu dihadiri selain kursus sains sukan untuk membolehkan para jurulatih silat memohon Lesen Kejurulatihan Kebangsaan di Program Skim Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) ISN.  Lesen ini telah menjadi antara syarat kemasukan mengajar/melatih silat di IPTA/S.  Untuk Program 1 Sekolah 1 Silat, kursus sebegini dapat menyediakan jurulatih yang berwibawa untuk menjayakan program yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

3 comments:

Audran Le Guillou said...

Syabas cikgu Izhar!

Izhar Mat Isa said...

Terima kasih Cikgu Audran.

Semuanya hasil tunjuk ajar guru dan bimbingan jurulatih serta sokongan kawan-kawan. Sesuatu yang tidak pernah dijangka.

Audran Le Guillou said...

Oooo Menarik tu..