Friday, 1 April 2016

7th UPSI International Pencak Silat Championship

Sedang berlangsung di Koleh Ungku Omar, Kampus Raja Nazrin Shah, UPSI, Proton City, Tanjung Malim, Perak.  PSGFM telah menghantar pasukan remaja yang diwakili oleh pesilat-pesilat dari Kelab Cikgu Halim (KCH).  Terdapat pesilat-pesilat KCH yang bermain untuk pasukan dewasa SUKMA Wilayah Persekutuan dan KPTM.  Ketiga-tiga pasukan ini dipimpin oleh Guru Kanan Halim bin Hamit.

Pasukan Remaja PSGFM.


Keputusan pertandingan yang diperolehi setakat ini untuk pasukan remaja PSGFM ialah 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa.  Untuk peringkat IPT, PSGFM memperolehi 2 pingat gangsa manakala yang mewakil SUKMA Wilayah 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Pasukan Remaja PSGFM di majlis penutup.


Pesilat PSGFM yang mewakili Malaysia pula, Cikgu Syazreen dan Cikgu Hamizah memperolehi pingat emas dalam kategori ganda putri.

Cikgu Hamizah (kiri) dan Cikgu Syazreen (kanan).


Tahniah kepada guru mereka, Guru Kanan En. Halim bin Hamit yang tanpa jemu melatih pesilat hingga ke peringkat tertinggi dan tahniah kepada semua pesilat PSGFM yang berjaya.  Kepada yang kecundang, berlatih dan terus berlatih.

1 comment:

Audran Le Guillou said...

Tahniah KCH & PSGFM :) :) :)