Saturday, 2 April 2016

Program 1 Sekolah 1 Silat

Dunia persilatan di Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam melestarikan silat apabila pada hari ini, 2 April 2016, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kuala Nerang, Kedah, telah berlangsung pelancaran program berkenaan kerjasama PESAKA Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.



Majlis disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid dan Yang Berhormat Tan Sri datuk Seri Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden PESAKA Malaysia.

Semoga dengan inisiatif PESAKA ini, silat dapat dikembangkan dengan jayanya di peringkat sekolah.

Cabaran buat setiap pertubuhan silat di Malaysia untuk membekalkan jurulatih bertauliah untuk memenuhi keperluan dan kehendak sekolah yang ada.  Untuk rekod terdapat, bilangan sekolah ada seperti rajah di bawah:

Sumber: http://www.moe.gov.my/


No comments: