Sunday, 31 July 2016

Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 - Tahniah kepada Pesilat PSGFM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pesilat Kelab Cikgu Halim (KCH) yang telah memenangi pingat di SUKMA Sarawak 2016 yang telah pun menutup tirainya secara rasmi semalam.  Mereka adalah:

Pingat Emas Kategori Silat Tanding Kelas D Putera setelah menewaskan pesilat dari negeri Perak.

Pingat Perak Kategori Silat Tanding Kelas C Putera setelah tewas di tangan pesilat dari negeri Pahang.

Pingat Gangsa Kategori Silat Tanding Kelas D Puteri.